Madu Halia





MADU PLUS HALIA
(ARTRITIS)

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan yang betul dan tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.


KHASIAT MADU

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi S.A.W., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya. "Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).


KHASIAT HALIA

Halia disebut dalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil".
Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.


ARTHRITIS RHEUMATOID

Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus simulakan untuk mengurangkan kecacatan. Tanda-tanda dan gejala-gejala:

- Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
- Kekakuan pada awal pagi.
- Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
- Katidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal.
- Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
- Kelemahan dan kepenatan.
- Demam bergred rendah.
- Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
- Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.


KHASIAT MADU PLUS HALIA

- membantu menyingkirkan toksik, bahan kimia serta memecahkan lebihan   
  lemak dalam tubuh badan
- membantu proses penghadaman
- membuang angin yang terdapat di dalam usus besar dan kecil
- melawaskan pembuangan air besar
- membantu merawat penyakit dalam perut
- baik untuk masalah sendi dan sengal-sengal badan

HARGA : RM 32.00(E.M) / RM 38.00(W.M) / $ 15.00(S'PORE)

BERAT : 400ml